22 January 2020

Umrah 2020

Alhamdulillah..

Tahun 2020 dimulakan dengan semangat baru dan pengembaraan ke Tanah Suci. Satu-satunya tempat yang tak pernah jemu jejakkan kaki walaupun berkali-kali. Trip kalini bersama suami, mak aji dan mak-mak sedara. Trip kali ni bermula 6 - 17 Januari 2020 dan kami masuk ke Mekah dulu bagi menunaikan umrah baru ziarah ke Madinah.

Yang paling best, jemputan kali ni lebih istimewa kerana menggalas bersama tanggungjawab membawa rombongan wanita ke Raudhah. Dalam erti kata lain, satu group 2 mutawif. Satu jemputan yang tak terfikir dek akal. Yelah, aku bukan ada kelayakan apa pun dalam bidang ni 😁 Cuma  berbekal sedikit pengalaman menunaikan umrah sebelum-sebelum ni.. Tapi tiada yang mustahil bagi Allah swt.



Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Semoga umrah kami diterima oleh Allah swt. Aamiin...

No comments: